Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Monday, 7 November 2016

Masker Muka Untuk Kulit Kering



Ok... pernah buat masker muka sendiri tak? Seronok sebenarnya buat masker sendiri di rumah.. Tak habis, boleh simpan dalam peti ais. Tapi dinasihatkan jangan buat banyak² ye! Buat untuk 2, 3 kali pakai je.. Lepas habis, boleh buat yang lain pula.

Di sini saya nak kongsikan satu resepi masker untuk kulit muka yang kering.

Bahan²nya adalah seperti berikut:

  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil vegetable mayonis-nak ganti dgn plain yougurt pun boleh
  • 1 sudu kecil perahan lemon segar
  • 1 sudu kecil minyak zaitun (extra virgin olive oil)
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 biji strawberry masak (dilenyek²)

Cara²nya

Satukan bahan² di atas, gaul sebati dan siap! Sapu di sekitar muka (kecuali bahagian mata) dan juga di bahagian tengkuk serta leher. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air sejuk.

Boleh dilakukan 1-2 kali seminggu. :-)


Wednesday, 1 July 2015

Salt Body Scrub and Sugar Face Scrub


Sekarang ni aku memang tengah gila buat scrub sendiri..Daripada rujuk encik Google di internet, sekarang try pula buat resepi gaya sendiri..haha..memang best bereksperimen cara begini! 

Isnin lepas aku buat 2 lagi jenis scrub..scrub muka dengan menggunakan gula dan scrub badan dengan menggunakan garam. Baunya pun boleh tahan sedap jugak! 

Scrub Muka Lavender Kulit Kayu Manis

Aku guna :

1) Gula perang (Sukatannya aku ikut botol kecil yang aku nak guna untuk isikan scrub itu nanti)

2) Minyak Kelapa Dara Organik (Aku bubuh lebihkurang 8 sudu besar. Bergantung juga
    pada banyak mana gula korang, agak² suka scrub yang basah dan lembap, bubuh lebih sikit )

3) Perahan Lemon Segar (Kurang dari setengah biji, nak setengah biji pun boleh)

4) Madu Organik (lebihkurang 1 sudu besar)

5) Serbuk Kulit Kayu Manis (aku bubuh 1 sudu kecil makan)

6) Lavender Essential Oil (aku bubuh lebihkurang 15-20 titik)

Gaul²kan ia di dalam mangkuk kaca sehingga sebati dan bubuhlah dalam bekas yang kedap udara.

Scrub Badan Minyak Badam (Hormone Balance)

Aku guna :

1) Garam Pink Himalaya (1/2 daripada bekas yang aku guna)

2) Coarse Sea Salt (Portugese) (1/4 daripada bekas yang aku guna)

3) Epsom Salt (1/4 daripada bekas yang aku guna)

4) Extra Virgin Olive Oil (agak² kelembapan bagaimana yang diinginkan)

5) Essential Almond Oil (20 titik)

6) Blend Oil-Hormone Balance (10-15 titik)


Gaul²kan ia di dalam mangkuk kaca sehingga sebati dan bubuhlah dalam bekas yang kedap udara.

Secara peribadi, untuk scrub badan aku lebih gemar menggunakan garam daripada gula, walaupun kulit aku jenis kering.. sebabnya? Seronok je bila menyental badan dengan garam ni.

Perlu diingatkan, jangan gunakan scrub garam ni semasa bercukur takut pedih nanti..

Friday, 22 May 2015

Facial and Body Scrub Plus Essential Oil

Percubaan pertama membuat scrub muka dan badan telah berjaya TETAPI, baru aku tahu rupa-rupanya fragrance oil bukanlah essential oil!!! Outchh!!! Silap besar rupanya.. patutlah murah je fragrance oil tu.

Essential oil merupakan pati minyak dari bunga, daun, buah, kulit ataupun biji tumbuhan dan untuk menghasilkannya pati ini, pelbagai kaedah yang rumit digunakan. Antaranya ialah melalui proses Penyulingan, Penyulingan Air, Penyulingan Wap, Hydro Resapan dan sebagainya. Maka, tidak hairanlah mengapa harganya terlalu mahal sehingga ada yang mampu mencecah ribuan ringgit!

Sabtu lepas, balik dari kenduri kahwin Miza (duapupu aku) di Tanjung Malim, kami (aku, mak dan suami) terus lajak ke Jalan Segambut. Sebenarnya suami aku dah terlajak nak masuk ke tol Sungai Buloh..Borak punya borak dalam perjalanan, dah terlepas dari Exit Sungai Buloh.. Suami mencadangkan agar kami terus sahaja ke BF1 untuk mencari Essential Oil yang aku idam-idamkan dalam beberapa minggu ni. Terima kasih papa, sanggup berkorban tenaga dan masa melayan kehendak isterimu ini.. huhuhu..terharu dibuatnya... :'-(


Mint-peppermint Essential Oil@10ml = RM22
Lavender Essential Oil@10ml = RM28
Kaffir-Lime Essential Oil@10ml = RM22
Almond Essential Oil@10ml = RM38
Jumlah Semua = RM110



Dapat je Essential Oil...terus aku buat scrub muka dan badan...woweeeeeeeeeeee!!!! Antara scrub yang aku buat, dihadiahkan juga buat usu dan 'kakak' saya... :) Yang untuk sendiri punya, aku dan mak kongsi anak beranak...


Akasia Potpourri


Aku nak crite sikit... Hari tu lah kan..aku ikut suami ke Kepong. Suami aku nak ke sebuah kedai percetakan untuk bertanyakan sebutharga untuk projek kat NKRA. Maka terpandanglah akan aku pokok² kat seberang jalan nun.. Pokok ni memang biasa kita lihat. Cuma tak tahu apakah namanya. Cuba korang tengok gambar kat atas tu..mesti pernah tengok bunga dan buahnya kan? Bunganya berwarna kuning. Cari punya cari kat google, rupa²nya Pokok Bunga Akasia nama diberi.

Melihatkan sifat buahnya (seperti daun kering yang berombak-ombak) itu, maka aku terus terfikir apakah ianya sesuai untuk dibuat potpourri? Aku pun tanpa berfikir panjang, terus je kutip buah pokok tu yang masih ada di ranting dan terus memasukkannya ke dalam plastik..heee..

Di rumah dan di pejabat pula, aku sebok 'meng'google cara² untuk membuat potpourri.. Macam² version ada.. Merendam dengan pewarna makanan adalah experiment yang aku jalankan.. Boleh ke tak, ekk? Maka aku pun merendam buah akasia tersebut selama satu hari ke dalam 4 buah bekas yang berasingan mengikut warna² makanan yang telah aku pilih. Setelah itu, aku cuci dan keringkannya selama beberapa hari...


Kulit kayu manis, cengkih dan buah pala merupakan ANTARA agen penyerap pewangi yang agak baik (menurut encik googlelah). Maka di dalam botol, aku titiskan beberapa titik Fragrance Oil aroma Sandalwood dan Kenzo Flowers ke atas kulit kayu manis dan bunga cengkih tersebut. Kemudian, aku goncang²kan ia sehingga sebati dan akhir sekali aku masukkan bunga dan biji akasia yang ada. Gaul²kan ia... tutup rapat² dan letakkan di tempat yang gelap. Botol tersebut hendaklah sentiasa digoncang² untuk satu minggu yang pertama.


Inilah Potpourri Akasia ilham aku..... :-)



Setelah hampir 3 minggu di dalam botol, aku keluarkan ia dan letak ke dalam dulang. Seterusnya aku tambahkan beberapa helai daun bay kering dan titiskan lagi beberapa fragrance Sandalwood dan Kenzo Flowers ke atas potpourri tersebut. Kali ini, aku turut menambahkan beberapa titis Kaffir Lime Essential Oil pula. Kombinasi bauan tersebut menarik juga aku rasakan! Gaul²kan ia menggunakan tangan dan masukkan kembali potpourri tersebut ke dalam balang bertutup rapat.

Apabila potpourri mencapai tahap 6 ke 8 minggu, barulah ia boleh digunakan, samada untuk diletakkan di atas meja dalam bekas terbuka, samada untuk diletakkan di sudut katil, buat uncang potpourri pun boleh... gantunglah kat mana² yang korang suka..dalam kereta...dalam almari pakaian....dan sebagainya... :)


Monday, 18 May 2015

Homemade Body Scrub dan Facial Scrub


Isnin lepas merupakan Cuti Wesak Day di Malaysia. Tidak pula bercadang untuk ke mana-mana, maka duduk di rumah sajalah jawabnya. Sudah lama juga aku berangan-angan ingin membuat scrub muka sendiri. Hasil pencarian di internet, aku dapat satu resepi bagaimana membuat scrub muka dan badan dengan hanya menggunakan bahan² yang mudah didapati di ceruk dapur kita...bahan² lain seperti fragrance oil, sea salt terpaksalah saya cari di luar...

Campuran scrub untuk mandian adalah seperti daun teh hijau, gula perang, madu, garam laut, lemon, minyak zaitun dan juga lavender fragrance oil. Baunya sedap sangat...rasa macam nak makan je.. huh!!!

Manakala campuran scrub untuk muka adalah daripada gula pasir kasar, madu, air lemon, parutan lemon dan halia serta minyak zaitun.. yang ni kalau termakan pun tak mengapa...sedap!!! Hehehe...

Ok..Inilah hasil scrub muka dan mandian yang bebas daripada segala macam jenis bahan kimia yang akhirnya boleh menjahanamkan sistem tubuh kita..Do It Myself....berbaloi nampaknya... :)




Popular Posts