Showing posts with label Kreatif Dengan Mengitar Semula. Show all posts
Showing posts with label Kreatif Dengan Mengitar Semula. Show all posts

Friday, 14 October 2016

Cactus Pin Cushion

Hye!!! Lama sungguh aku tak update di sini kan? Seboklah katakan... Aku nak kongsikan gambar pin cushion yang telah aku buat beberapa minggu yang lepas..

 Ini Cactus Pin Cushion. Mula-mula dia keseorangan!

Kemudian, diciptakan seorang kawan untuk bermain-main dengannya...ahaks!

"Awak! Acik Yuyun dah tutup lampulah... Dia suruh kita tidurlah tu.. Kita sambung borak esok je lah ye?"
"Erkkk...ok...selamat malam ye!"

Persahabatan mereka sangat akrab..sehinggakan nak mengurat pun bersama-sama..hehehe...


Cerita seterusnya? Bersambung.................. kikikiki

Oklah...Actually aku nak beritahu kepada korang, yang badan dia diperbuat daripada kitchen roll tissue yang tidak digunakan lagi. Hiaslah badan dia dengan apa saja...perca kain ke..riben ke..tapi aku gunakan jute twine.. :)

Aku ingat aku nak jual pin cushion ni.. Ada sesiapa yang berminat tak agaknya???




Tuesday, 19 January 2016

DIY Pencils Holder




Pencils Holder...Kalau makan Maggie Cup, jangan buang bekasnya, tau!  Boleh buat macam ni dan seribu satu macam lagi kraftangan hasil anda sendiri!

Nak tengok hasil terakhirnya macamana? Klik di sini.

Friday, 26 June 2015

Penutup Botol-Jangan Buang, Ada Gunanya...

Baru-baru ni aku ada menghias lampu tidur aku dengan menggunakan penutup botol plastik. Jom kita tengok!!


Sila lihat gambar di atas. No. 1 adalah lampu tidur yang husband aku belikan untuk aku di IKEA pada tahun lepas. No. 2 tu pulak adalah botol² bekas ubat homeopathy aku. Banyak jugaklah aku kumpul, sebab sayang nak buang punya hal..hehe.. Akhirnya aku dapat idea bagaimana nak menghias lampu tidur aku yang botak tu. No. 3 tu penutup² botol yang telah aku warnakan dengan Acrylic Colour. Badan² botol tu pulak aku tak tahu nak buat apa! Hurmmm... 

Setelah diwarnakan, penutup botol perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ianya disapu dengan varnish.

Penutup botol seterusnya digam di atas ribbon dan ribbon tu pulak aku lekatkan pada badan lampu tadi...(guna gam yang kuat ye)

Hiaslah mengikut kreativiti sendiri...Aku pun tak tau dah camne gayanya nak hias lampu ni... Di tengah²nya aku lekatkan juga bunga quilling yang aku buat sendiri. Taram jelah...hikhikhik... 

Wahhh....test pasang lampu! Not bad lah..taklah terang sangat jadinya lampu tu.. Kalau tak putih je keluar cahayanya...mana nak romantikkan???

Pandangan dari atas..... Sekian....




Popular Posts