Friday 26 June 2015

Penutup Botol-Jangan Buang, Ada Gunanya...

Baru-baru ni aku ada menghias lampu tidur aku dengan menggunakan penutup botol plastik. Jom kita tengok!!


Sila lihat gambar di atas. No. 1 adalah lampu tidur yang husband aku belikan untuk aku di IKEA pada tahun lepas. No. 2 tu pulak adalah botol² bekas ubat homeopathy aku. Banyak jugaklah aku kumpul, sebab sayang nak buang punya hal..hehe.. Akhirnya aku dapat idea bagaimana nak menghias lampu tidur aku yang botak tu. No. 3 tu penutup² botol yang telah aku warnakan dengan Acrylic Colour. Badan² botol tu pulak aku tak tahu nak buat apa! Hurmmm... 

Setelah diwarnakan, penutup botol perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ianya disapu dengan varnish.

Penutup botol seterusnya digam di atas ribbon dan ribbon tu pulak aku lekatkan pada badan lampu tadi...(guna gam yang kuat ye)

Hiaslah mengikut kreativiti sendiri...Aku pun tak tau dah camne gayanya nak hias lampu ni... Di tengah²nya aku lekatkan juga bunga quilling yang aku buat sendiri. Taram jelah...hikhikhik... 

Wahhh....test pasang lampu! Not bad lah..taklah terang sangat jadinya lampu tu.. Kalau tak putih je keluar cahayanya...mana nak romantikkan???

Pandangan dari atas..... Sekian....




No comments:

Post a Comment

Popular Posts