Sunday 20 September 2015

Air Freshener Gel

Percubaan membuat Air Freshener Gel kali kedua. Cubaan kali pertama, gel yang dihasilkan agak keras dan ini menyekat bau wangi untuk keluar. Kulat juga muncul dipermukaan gel beberapa hari selepas itu. Kalau nak lihat gel pewangi first² aku buat dulu, klik di sini.

Kali kedua ni pun hampir tak jadi juga...bukan terlalu keras tetapi terlalu cair sehinggakan gel tersebut tidak beku! Rupanya aku silap sukatan lagi!!!! Hahaha!!!


So, aku tambah lagi serbuk gelatin yang baru (masak sekejap dan terus mencampurkannya ke dalam gel yang sedia ada tadi).  Aku gantikan bekas plastik yang aku guna sebelum ni, kepada botol jem dan mangkuk kaca kecil.

Alhamdulillah...gelatinnya mencukupi dan ia membeku..lembut seperti jelly...





Inilah dia Air Freshener Gel aku yang telah siap! 3 biji aku bawa untuk diletakkan di office... wanginya merebak bila kena air-cond... Bestnye!!!


Sambil² tu, aku bereksperimen juga dengan wangian yang aku gunakan..Ada yang aku bubuh essential oil (EO), ada juga yang aku gunakan fragrance oil yang murah. Wanginya sesuatu air freshener gel itu, bergantung juga kepada wangian yang kita gunakan. Ada bau wangiannya yang kuat dan ada juga yang kurang kuat...

Adalah lebih baik sekiranya kita gunakan essential oil ataupun aroma oil yang tiada alkohol. Ini kerana, fragrance oil yang beralkohol itu tidak baik untuk kita sedut ke dalam paru² kita...

Bahan² untuk membuat homemade air freshener gel termasuklah :

1) Unflavoured Gelatin Halagel
2) Air
3) Garam
4) Pati Wangian (Essential Oil)
5) Pewarna Makanan


P/s : Agak²nya boleh tak kita gunakan serbuk agar² menggantikan gelatin?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts