Wednesday 16 November 2016

Kaolin Clay dan Bentonite Clay

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua!

Sedikit info berkenaan Kaolin Clay dan Natural Bentonite Clay yang ingin saya kongsikan kepada anda semua
Ia adalah antara tanah liat yang sesuai digunakan untuk merawat masalah kulit samada dijadikan masker, scrub ataupun mandian (berendam)


Luangkan masa untuk untuk membaca entri blog di bawah ⇣



Anda berminat untuk mendapatkan BENTONITE CLAY (Cosmetic Grade) tak? Sekiranya anda mempunyai kulit muka yang sensitif, anda boleh mencuba KAOLIN CLAY juga. 

Untuk serious buyer, boleh terus WhatsApp saya di 6012-362 9192 (YuYun). Packaging adalah dalam 50 gram. Bagi anda yang baru ingin mencubanya, berat sebanyak 50 gram adalalah memadai dan cukup berbaloi! Cepat WhatsApp saya, ye! Selagi stok masih ada!!!

Monday 7 November 2016

Natural Bentonite Clay



Apa itu Bentonite Clay?

Bentonite clay adalah tanah liat semula jadi yang bersifat menyembuhkan (healing). Ianya kaya dengan pelbagai mineral semulajadi seperti calcium, magnesium, silica, sodium, copper, iron dan potassium. Negara asal pengeluar Bentonite clay ini adalah dari Amerika Syarikat.

Kegunaan/ Fungsi Bentonite Clay

Kebiasaannya ia digunakan sebagai agen detox kepada kulit badan yang bermasaalah. Ada juga yang membuatnya sebagai minuman detox tetapi AWAS! Anda kena pastikan yang ianya adalah FOOD GRADE (Calcium Bentonite Clay). Kebanyakan Bentonite clay yang dipasarkan adalah daripada COSMETIC GRADE (Sodium Bentonite Clay). Calcium Bentonite clay lebih mahal berbanding Sodium Bentonite Clay.

Bentonite Clay kaya dengan ion-ion negatif. Fungsi ion-ion negatif ini adalah menyerap segala ion-ion positif daripada toksin-toksin, bakteria, virus dan sebagainya. Jika diminum, ia akan menyerap ion-ion positif dari dalam sebelum toksin, bakteria atau virus yang bertindak menyerang tubuh. Sama juga jika ianya diambil secara luaran, iaitu sebagai masker atau rendaman badan dengan Bentonite Clay. Ia akan menyerap segala ion-ion positif melalui kulit.

Selain untuk kecantikan wajah, Bentonite Clay amat berkesan dalam rawatan kulit seperti Eczema, Dermatitis dan Psoriasis. Ia juga mampu merawat gigitan serangga dan sesuai sebagai masker kaki juga.

Bagaimana mengendalikan Bentonite Clay?

Elakkan menggunakan perkakas metal ketika mengendalikan tanah liat ini kerana dikhuatiri akan merosakkan cas-cas negative di dalam tanah liat tersebut. Sebaik-baiknya gunakan mangkuk kaca/plastik dan sudu plastik/kayu.

Untuk kulit yang sensitive, sapukan paste Bentonite clay nipis sahaja dan biarkan di muka dalam masa yang singkat (sekitar 5 minit) Manakala bagi kulit yang normal, biarkan di muka sehingga kering (tapi jangan terlalu kering sehingga terlalu keras untuk menanggalkannya). Cukup sekadar 10-15 minit sahaja). Seterusnya, dibilas dengan air suam. Anda juga boleh menggunakan tuala basah untuk menyingkirkan tanah liat daripada muka anda. Sekiranya muka anda kemerah-merahan seketika setelah memakai masker tersebut,  ia adalah normal dan anda tidak perlu risau!

JOM TRY RESIPI MASKER SAYA NI!!!
  • 1 sudu kecil Bentonite Clay
  • 1 sudu kecil Vegetable Glycerin (boleh dapatkan di kedai menjual bahan2 bakeri)
  • 2 titik Lavender Essential Oil
  • Air mineral/distilled water/air tapis secukupnya untuk jadikan bahan2 di atas sebagai paste.
*Kalau takde vegetable glycerin dan lavender eo tu pun tidak mengapa, kerana Bentonite Clay dengan air sahaja sudah memadai*

Anda boleh dapatkan banyak lagi resipi kecantikan dengan menggunakan Bentonite Clay di sini:

Anda berminat untuk mendapatkan BENTONITE CLAY (Cosmetic Grade) tak? Sekiranya anda mempunyai kulit muka yang sensitif, anda boleh mencuba KAOLIN CLAY juga. 

Untuk serious buyer, boleh terus WhatsApp saya di 6012-362 9192 (YuYun). Packaging adalah dalam 50 gram. Bagi anda yang baru ingin mencubanya, berat sebanyak 50 gram adalalah memadai dan cukup berbaloi! Cepat WhatsApp saya, ye! Selagi stok masih ada!!!


Masker Muka Untuk Kulit Kering



Ok... pernah buat masker muka sendiri tak? Seronok sebenarnya buat masker sendiri di rumah.. Tak habis, boleh simpan dalam peti ais. Tapi dinasihatkan jangan buat banyak² ye! Buat untuk 2, 3 kali pakai je.. Lepas habis, boleh buat yang lain pula.

Di sini saya nak kongsikan satu resepi masker untuk kulit muka yang kering.

Bahan²nya adalah seperti berikut:

  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil vegetable mayonis-nak ganti dgn plain yougurt pun boleh
  • 1 sudu kecil perahan lemon segar
  • 1 sudu kecil minyak zaitun (extra virgin olive oil)
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 biji strawberry masak (dilenyek²)

Cara²nya

Satukan bahan² di atas, gaul sebati dan siap! Sapu di sekitar muka (kecuali bahagian mata) dan juga di bahagian tengkuk serta leher. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air sejuk.

Boleh dilakukan 1-2 kali seminggu. :-)


Popular Posts